Ulah nya cheremin ke nyeremin diri kitai empu.Ulah nya urat ke tumbuh ba dalam, tang bebuah ba luar.Ulah nya kaling ke pengabis rapat tauka munsuh ke pengabis jai.Ulah nya lurus sereta konsisten agi ari jaku kitai empu.Ulah nya ngambarka jemah ila belalauka peneleba dulu suba.Ulah ulih ngerapat orang ngagai kitai tauka nyerara kitai ari orang.Ulah enda nemu puas semadi iya dibantai.Ulah nya tibang penemu kitai kelia suba.Ulah nya bejaku pasal kemaya hari tu.Ulah nya ka buah kenang jemah ila.
[Ulah nuan nentu ka pengawa ke deka dikereja nuan. Pengawa nuan nentuka pemujur batang pengawa]

Friday, August 27, 2010

Terus Nyukong Perintah BN

Tr. Chundau Ng. Tebalau(Duduk) sepiak Setiausaha Politik Kepala Menteri En. Isik Utau

BETONG: Rakyat disini disaran untuk terus memberi sokongan kuat dan padu kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) serta kerajaan sedia ada untuk kesinambungan projek pembangunan berterusan.

Rakyat sedia maklum bahawa kerajaan telah membelanjakan berbilion ringgit untuk membangunkan kawasan agar rakyat terus mengecapi arus pembangunan kata Isik Utau, Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak.

Isik berkata demikian, ketika dijemput merasmikan program Mesra Rakyat (PMR) di Rh. Chundau, Ng Tebalau Ng Spak (Khamis). Beliau berkata, program tersebut amat bertepatan pada masanya justeru memberi penghargaan kepada KEMAS Betong di atas penganjuran itu.

Jelasnya, rakyat seharusnya berasa bersyukur dan berterimakasih kepada usaha murni kerajaan kerana sejak 53 tahun Malaysia merdeka, pelbagai pembangunan telah dicapai dan dilaksanakan untuk rakyat dan tidak terkecuali kawasan-kawasan luar bandar seperti di rumah panjang ini.

Katanya, walaupun kawasan ini jauh dari arus pemabangunan, namun kerajaan akan terus berusaha akan memberi serta melaksanakan projek pembangunan.

Jelasnya, sekarang ini rakyat sudah telahpun mengecapi arus bekalan elektrik luar bandar, jalan raya, sekolah dan pusat kesihatan. Jika rakyat terus memberi sokongan padu dan jitu kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).ujarnya.

Jelasnya, sejak Betong di iktirafkan sebagai Bahagian, sudah banyak pembangunan dirasai oleh rakyatnya seperti pembangunan pendidikan, kompleks kerajaan negeri , pusat-pusat perniagaan dan sebagainya disamping penerokaan tanah terbiar untuk kegiatan ekonomi seperti penanaman kelapa sawit, sagu serta skim ERAD getah.

Antara lain pengisian program mesra rakyat tersebut ialah ceramah dari Jabatan Kebajikan dan MARA Betong disamping demontrasi masakan membuat mee kuning dari unit CPM KEMAS Betong.

Terdahulu, Isik memaklumkan sumbangan baikpulih rumah dari YB Datuk Patinggi Jabu kepada tujuh buah rumah panjang iaitu Rumah panjang Mupoh Baruh (22 pintu), Penyelaneh Kiba (26 pintu), Tebalau Ulu (18 pintu), Mupoh Atas (13pintu), Ng Tebalau (30 pintu), Penyelaneh Kanan (15) dan Raba Penyalaneh (22). Tiap-tiap pintu masing-masingnya menerima RM 300.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah En Digat Panji, En David Bunsu,ketua-ketua jabatan kerajaan, ketua-ketua ranting dan ketua-ketua kaum.

4 comments:

Apai Zidane said...

Bulih RM300/- sepintu, amat manah perintah tu, uji tak tiap bulan nerima bakatu baru iya ney...

Nyamai endar bala rakyat ngidup ka diri, ulih ga nambah ka penatai pemisi kelimpah ka ari penatai ari rega getah enggau rega lada.

Nyadi bala ka diau di rumah panjai lantang amat ati serta enda kakang ati terus nyukung perintah ka beamai-amai deka nulung serta ngidup ka rakyat.

RM300 taja dipeda mit tang besai amat reti ba sida.

ubit said...

dini nn bulih gmbr tu??

Apai Zidane said...

Kaban aku meri.....

Apai Zidane said...

Beraoh ari Tebalau Ulu. Hehehehe...

My Picture