Ulah nya cheremin ke nyeremin diri kitai empu.Ulah nya urat ke tumbuh ba dalam, tang bebuah ba luar.Ulah nya kaling ke pengabis rapat tauka munsuh ke pengabis jai.Ulah nya lurus sereta konsisten agi ari jaku kitai empu.Ulah nya ngambarka jemah ila belalauka peneleba dulu suba.Ulah ulih ngerapat orang ngagai kitai tauka nyerara kitai ari orang.Ulah enda nemu puas semadi iya dibantai.Ulah nya tibang penemu kitai kelia suba.Ulah nya bejaku pasal kemaya hari tu.Ulah nya ka buah kenang jemah ila.
[Ulah nuan nentu ka pengawa ke deka dikereja nuan. Pengawa nuan nentuka pemujur batang pengawa]

Monday, March 30, 2009

Undang-Undang Kay's Club



 Perlembagaan Kelab Kay's

KEAHLIAN

1. Kelab ahli keluarga Kay bagi Keluarga Kayong ( Selepas ini disebut sebagai “Kelab Kay's” ) mengandungi 16 ahli keluarga ( 16 ) ahli keluarga termasuk Penasihat, Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha Kelab Keluarga Kay dan sekurang-kurangnya mempunyai 15 orang ahli Kelab Kay ( Selepas ini disebut sebagai ahli Kelab)

Ahli-Ahli Keluarga

2. Ahli-ahli keluarga hendaklah terdiri daripada ahli-ahli kelab yang telah mendirikan rumah tangga (Berkahwin) dan ditubuhkan di dalam Keluarga Kayong seperti berikut :-

(1) Encik Mathew Buncha ( Penasihat ) - Ketua Keluarga

(2) Encik Bernard Budang - Ketua Keluarga

(3) Encik Francis - Ketua Keluarga

(4) Encik Queen - Ketua Keluarga

(5) Encik George @ John - Ketua Keluarga

(6) Encik Stephen Arin - Ketua Keluarga

(7) Puan Tungga - Ketua Keluarga

(8) Encik Lakom - Ketua Keluarga

(9) Encik Perang - Ketua Keluarga

(10) Encik Bill - Ketua Keluarga

(11) Encik Davy - Ketua Keluarga

(12) Encik Thwaites - Ketua Keluarga

(13) Encik Joshua - Ketua Keluarga

(14)Encik Joshua Alban Lisin - Ketua Keluarga

(15) Encik Robert - Ketua Keluarga

(16) Encik Wellson Agan - Ketua Keluarga

Mereka ini hendaklah dilantik atas nama Ketua Keluarga masing-masing.

PIHAK AHLI

3. Ahli-ahli kelab hendaklah terdiri daripada anak-anak dan isteri Ketua Keluarga di mana Kelab Kay ditubuhkan di dalam keluarga Kayong seperti berikut:-

( 1 ) Encik Mathew Buncha - Ahli ( 3 )

( 2 ) Encik Benard Budang - Ahli ( 1 )

( 3 ) Encik Francis - Ahli ( 6 )

( 4 ) Encik Queen - Ahli ( 5 )

( 5 ) Encik George @ John - Ahli ( 7 )

( 6 ) Encik Stephen Arin - Ahli ( 3 )

( 7 ) Encik Lakom - Ahli ( 3 )

( 8 ) Puan Tungga - Ahli ( 3 )

(9i ) Encik Perang - Ahli ( 4 )

( 10 ) Encik Bill - Ahli ( 3 )

( 11 ) Encik Davy - Ahli ( 2 )

(12l ) Encik Joshua Albert Lisin - Ahli ( 3 )

( 13 ) Encik Robert - Ahli ( 3 )

( 14 ) Joshua Buncha - Ahli ( 2 )

( 15 ) Encik Wellson Agan - Ahli ( 2 )

( 16 ) Encik Thwaties - Ahli ( 6 )

(17)  Madam Merlyn Rita Buncha (2)

4. Kekosongan yang berlaku di dalam keanggotaan Ahli Keluarga hendaklah dipenuhi oleh ahli-ahli daripada Ketua Keluarga yang mengosongkan ahli keluarga itu.

5. Ahli-ahli pihak Ahli hendaklah memegang jawatan selama tempoh enam ( 6 ) tahun mulai daripada tarikh mereka dan mereka boleh terus memegang jawatan sehingga ahli-ahli pihak ahli yang akan mengambil alih telah dilantik / dipilih.

 

JAWATANKUASA KELAB

 

6. Jawatankuasa Kelab Kay adalah terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi, Bendahari, Timbalan Bendahari, Setiausaha dan Timbalan Setiausaha serta AJK hendaklah terdiri daripada dan dipilih oleh ahli-ahli kelab.

TUJUAN

7. Tujuan Kelab Kay adalah untuk menyatu padukan perpaduan semua ahli keluarga untuk memperolehi seluas-luasnya kerjasama yang menyeluruh di antara keluarga dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan serta mengumpul pelbagai buah fikiran ahli keluarga.

BIDANG DAN FUNGSI

8. Bidang dan fungsi Kelab Keluarga Kay hendaklah tertumpu kepada perkara-perkara yang termasuk di dalam bidang kuasa ahli keluarga Kay seperti berikut:-

( i ) Membincangkan dan memutuskan akan perkara-perkara yang berkaitan dengan ahli keluarga Kayong.

( ii ) Membolehkan ahli keluarga mengambil berat perkara-perkara mengenai ahli keluarga diantara satu sama lain.

( iii ) Mengadakan kemudahan bagi memperbaiki hubungan dan menerima cadangan dan syor-syor dari ahli keluarga.

MESYUARAT- MESYUARAT

9. Mesyuarat-mesyuarat biasa bagi Kelab Keluarga Kay hendaklah diadakan sekurang-kurangnya tiga ( 3 ) kali setahun. .

10. Kuorom bagi mesyuarat Kelab Keluarga Kay hendaklah terdiri daripada lima (5 ) ahli Keluarga dan sepuluh ( 10 ) anak ahli-ahli keluarga

11. Agenda bagi mesyuarat-mesyuarat Kelab Keluarga Kay hendaklah disediakan oleh Setiausaha dan dihantar oleh setiausaha kepada ahli Jawatankuasa tidak kurang daripada tujuh ( 7 ) hari sebelum tarikh mesyuarat. Perkara-perkara yang tidak termasuk di dalam agenda hanya boleh dibincangkan dengan kebenaran Pengerusi dan Naib Pengerusi.

12. Mesyuarat Khas Kelab Keluarga Kay boleh diadakan dengan permintaan Pengerusi dan Naib Pengerusi bila dikehendaki. Tarikh Mesyuarat tersebut hendaklah dipersetujui oleh Ketua Keluarga Kelab Kay. Perkara-perkara yang akan dibincangkan di mesyuarat tersebut hendaklah terhad kepada perkara-perkara yang dinyatakan dalam notis memanggil mesyuarat tersebut.

KEPUTUSAN

13. Segala keputusan-keputusan Kelab Keluarga Kay hendaklah dicapai secara persetujuan di antara kedua-dua belah pihak (Ketua Keluarga dan Ahli Keluarga)

14. Keputusan yang diambil jika tidak bercangah dengan kekeluargaan dan tidak pula bertelingkah dengan peraturan Kelab Keluarga Kay bolehlah diselenggarakan atau dilaksanakan terus oleh Kelab Keluarga Kay. Bagi keputusan yang ada kaitan dengan dasar luar lain ianya hendaklah dirujuk kepada pihak yang berkenaan.

PINDAAN KEPADA PERLEMBAGAAN

15. Perlembagaan Kelab Keluarga Kay boleh dipinda di mana-mana satu mesyuarat Kelab. Notis mengenai pindaan hendaklah diberi dan diedarkan kepada ahli-ahli Keluarga sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh mesyuarat, Segala pindaan perlembagaan yang telah diluluskan oleh Kelab hendaklah dikemukakan ke Penasihat Kelab atau Ketua Keluarga untuk diluluskan.

YURAN KEAHLIAN

16. Yuran keahlian adalah RM1.00 untuk seorang individu mankala yuran keluarga adalah RM120.00 untuk satu (1) tahun. 

No comments:

My Picture